Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai anda SEMATA-MATA KERANA KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya mengapa, dia memberitahu kerana, "AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU," awas anda akan ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempesona.
Lelaki yang terlalu memuji anda sebagai 'bidadari' bukan calon terbaik untuk dijadikan suami. Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih cantik daripada anda di luar sana . Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan yang mengatasi anda suatu masa kelak.
Jatuh cinta d is ebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang. Ingat, lelaki sentiasa 'muda', jika dia menjadi ghairah oleh bibir yang merekah sampai bila-bila pun dia akan ghairah dengan bibir yang begitu. Tiada is tilah pencen meskipun dia sudah tidak berupaya untuk berdiri tegak. Dia mungkin tidak berbuat lantaran 'tidak boleh lagi' tapi hati di dalam tetap muda dan berbunga-bunga.
Percayakah anda? Anda 'patut' percaya, sebab lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya 'buaya' yang tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia menyempitkan penilaiannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah.
Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira sebab mungkin anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara tersendiri.
Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata biasanya tidak kekal hingga ke hujung. Buktinya banyak. Jika kita hendak mengambil art is atau model sebagai contoh (maaf para art is dan model, sekadar contoh), kita akan dapati mereka adalah golongan cantik dan hansem tapi kerap mengalami kebobrokan hati. Jika kita mendengar art is itu bercerai, model itu ada skandal, itu bukanlah memeranjatkan sangat.
Namun, kita tentulah tidak menafikan ada yang amat loving dan kekal ke akhir hayat, tapi jumlah yang bermasalah sentiasa mengatasi.
Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak valid sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah. Pergi.
ALLAH menjanjikan setiap lelaki beriman dengan bidadari yang amat cantik hingga tidak tergambar oleh akal. Mengapa ALLAH janjikan bidadari yang amat cantik? Sebab di situlah makna kecantikan yang sebenar. Kecantikan di dunia adalah kenderaan untuk menuju ke situ.
Maka itulah, kecantikan dan ketampanan di dunia ini tidak boleh dijadikan teras untuk mencintai. Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang. Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman. Ia alat untuk menikmati sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik. Wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik. Kopi pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.
Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih d is ukai dan akan terus disukai.
Tuesday, April 10, 2007
Wednesday, April 04, 2007
Tidur Bangun Dengan NamaMu


- Assalammualaikum warahmatullah terbuka kepada semua umat Islam.. kuliah tafsir quran, kuliah tafsir hadis dan pengajian bahasa Arab. Sila rujuk pamplete di atas atau hubungi kzanastasia@yahoo.com utk pertanyaan..
- Alhamdulillah.. syukur semester yg terakhir banyak yg Allah lapangkan.. mudah ke majlis ilmu, ada saja tawaran kerja, tawaran utk majlis perkongsian ilmu.. Oh Allah.. besar nya RahmatMu.. kau limpahi hidup kami dengan pelbagai dugaan dan hidangan kebahagiaan dari masa ke semasa..istiqamahkan lah kami dalam perjuangan hidup ini..
- Selamat pengantin baru buat Zetty Shuhada dan Amrizal. Semoga kalian beroleh maghfirah dan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.. :)
- "Trust in Allah but tie your camel" - Old Muslim proverb. You have the key to your well-being in your own hands. Allah is always there with you..
- Befirman Allah kepada malaikat: Lihatlah pada hamba-hambaKu yang bangun di tengah malam, saksiknlah bahawa telah Aku sediakan syurga tempat kesukaan bagi mereka..
- Wirid harian dan hatinya tawajjuh kepada Allah: hasbiyallah, laa ilaaha illa hu.. 'alaihi tawakkal tu., wa huwa robbul 'arsyil 'azhiim.. (HR Abu Dawud) 7 kali setiap pagi dan petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)